The least...
Tidak mengapalah Noni bersedih hati hari ni,
Sekurang-kurangnya Noni dah pernah rasa apa itu gumbira hati..
Tidak mengapalah Noni diherdik sekarang,
Sekurang-kurangnya Noni dah pernah tahu macam mana diperlakukan baik-naik..
Tidak mengapalah Noni menangis berjejeran air mata semenjak baru-baru ni,
Sekurang-kurangnya Noni dah melalui satu zaman yang mana Noni punya mulut tak henti-henti senyum..
Tidak mengapalah Noni rasa keseorangan pada detik ini,
Sekurang-kurangnya Noni sempat juga menikmati kehidupan sosial yang sungguh meriah..
Tidak mengapalah Noni merasakan pada saat ini Noni sedang ditekan dan dianiaya oleh makhluk lain,
Sekurang-kurangnya Noni tahu perasaan itu, jadi takkan Noni nak buat orang lain pada masa akan datang..
Tidak mengapalah Noni rasa sangat miskin harta sekarang,
Sekurang-kurangnya Noni dah lalui pengalaman bila mana terlalu banyak duit sampai suka-suki je bagi kat orang lain yang akhirnya tinggalkan Noni sekarang..
Tidak mengapalah Noni dihina hari ni,
Sekurang-kurangnya Noni pernah juga disanjung..
Tidak mengapalah Noni dipijak-pijak dari segenap sudut hari ni,
Sekurang-kurangnya Noni dapat memuaskan hati mereka yang lara..
Tidak mengapalah Noni dipulaukan hari ni,
Sekurang-kurangnya pernah juga Noni menikmati keindahan di kepulauan yang Allah s.w.t ciptakan..
Tidak mengapalah Noni berlapar dahaga hari ni,
Sekurang-kurangnya Noni pernah merasa makanan yang ada makhluk lain idam-idamkan tapi tiada rezeki mereka lagi..
Tidak mengapalah Noni sudah tiada mereka yang tersayang,
Sekurang-kurangnya Noni pernah ada..
Tidak mengapalah Noni tidak punyai kenderaan yang sesuai dizaman yang dikatakan moden ini,
Sekurang-kurangnya Noni dah pernah mengalami pengalaman yang orang lain hanya mampu terus bermimpi..
Tidak mengapalah Noni rasa dibenci sekarang,
Sekurang-kurangnya Noni pernah rasa dikasihi suatu ketika yang lampau..
Tidak mengapalah Noni langsung dipandang enteng oleh mereka yang melihat Noni hari-hari,
Sekurang-kurangnya Noni tak berminat nak buat perkara yang sama..
Tidak mengapalah Noni dikelilingi oleh mereka yang tidak mahu menolong bila mana sedang dianiaya orang lain di depan mata dan telinga mereka,
Sekurang-kurangnya Noni tetap menerima nasihat dan kata-kata berhikmah daripada mereka yang tidak nampak dan dengar akan apa yang terjadi..
Tidak mengapalah Noni dikatakan tidak cerdik sekarang,
Sekurang-kurangnya Noni pernah cerdik..
Tidak mengapalah Noni hampir dihalau menggunakan penyapu hari ini,
Sekurang-kurangnya Noni tidak dihalau menggunakan penyedut hampagas..
Tidak mengapalah Noni hidup bersama makhluk yang tidak sudi mengukirkan senyuman pada Noni sekarang,
Sekurang-kurangnya Noni tahu siapa mereka yang sebenar disebalik senyuman yang mereka pamerkan di hadapan orang lain..
Tidak mengapalah.............
Tidak mengapalah Noni......
Ingat janji Yang Maha Besar......
Ingatlah.....
Sekurang-kurangnya.....
Di 'sini' lagi Noni dah lalui......
Bukan di 'sana'.....
Sekurang-kurangnya.....
Noni masih diberikan peluang untuk meletakkan dahi Noni di karpet sejadah lima(5) kali sehari.....
Tahu tak kenapa Noni rasa semua ni sekarang?
Sebab...
Sekurang-kurangnya........
kan?
Comments
Post a Comment
Think thrice