Once upon a time...



Mase belum mengalami menstruasi yang pertama,
Saya selalu nak mati.
Saya nak masuk syurga.
Saya tak nak dihisab.
Saya nak syurga.
Itu sahaja.

Jadi,
Tidak akan sesekali saya melupakan reaksi saya,
Ketika baru terjaga dari tidur tengah hari(dah macam timin' tido malam kan? Dan inilah juga salah satu sebab saye sungguh moody back then.),

JAM 1700 201000

"NO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Saya 'nampak' neraka.

Saya tahu, segala impian saya untuk 'hidup' senang di SANA,
HANCUR berkecai.

Sebelum itu,
Saya yakin, sama ada saya akan mati kena langgar, ketika melintasi jalan raya di Jalan Bangkung, Bangsar Baru,
Atau di Jalan Ma'arof, Bangsar Baru,
Ketika ingin ke Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya,
Atau ketika pulang ke rumah di no. 110, Jalan Terasek.

Sebelum itu,
Sayalah yang paling menenteang kata-kata kakak kedua saya dan abang kedua saya,

"AH!! Buat ape semayang(solat) kalau hati tak ikhlas." dengan nada yang ingin menyakitkan hati mereka berdua.

Namun,
Itulah susur pusingan-U saya yang pertama.
Saya tahu,
Saya perlu menanggung dosa dan pahala saya sendiri, mulai saat itu.

.....

Saya ingat saya akan mati.
Saya sangat sedih,
Kerana saya memang tidak berminat untuk menanggung dosa dan pahala sendiri.
Namun,
Saya juga ada hati kecil, yang senantiasa berkata,

"Noni, engkau kalau dah period, jangan nak menggatal nak tinggal semayang, kalau tak, aku-aku sekali masuk neraka. Setan, time tu, gelak2 je kat engkau. Orang lain mane kenal kau dah. Memang kurang hajar giler setan tu!"

Jadi,
Sejak mandi wajib yang pertama,
Saya tidak pernah tinggalkan solat SECARA SENGAJA.

Masih segar diingatan,
Ketika bermain lompat-lompat di atas katil mama dan abah kerana hobi bersama-bersama adik-adik kandung, Ija dan Iwe,
Tiba-tiba,
Saya lihat jam, hampir JAM 1600,
Melompat saya ke ruang tandas,
Kerana ingin mengambil wudhuk, dan solat Zohor.

Masih segar diingatan,
Saya terbangun pukul JAM 0700,
Saya tercecet-cecet lari sekali lagi, ke ruang tandas di bilik mama dan abah,
Dan melakukan semayang subuh.
Namun,
Ketika salam terakhir,
Saya...

=.=

Terkeluarkan gas metana dari anus-part(I dunno what is it in my native's).
Maka,
Dengan kekurangan ilmu di otak,
Sekali lagi saya tercecet-cecet lari ke ruang yang menjadi tempat penginapan para syaitan itu, untuk menjalani proses wuduk yang sama.
Dan...
Hmm.....

Masih segar diingatan,
Betapa,
Setiap kali, aktiviti ko-kurikulum pada hari Khamis(ke Rabu eh??nvm),
Saya selalu rasa malu dan bersembunyi-sembunyi, kerana,
Saya selalu melakukan semayang Zohor, setelah pergi ke 7-Eleven di atas sedikit dari sekolah, bersama kawan lama saya, Mariam Zaharan dan makan Mee segera Cawan berjenama Maggi perisa Tom Yam yummy~.
Dan JAM 1500 barulah saya akan semayang.
Saya menganggap bahawa semua orang sudah semayang diawal waktu.
Sedangkan,
Sudah mama dan abah, malah ustaz dan ustazah di sekolah DAN buku-buku kisah nabi SERTA al-Quran sendiri berpesan,
"Sembahyang di awal waktu."
Tapi,
Pilihan saya?
Melaksanakan apa yang saya mahu dahulu.
*shame on me*

Masih segar diingatan,
Ketika abah membawa kami sekeluarga beriadah,

Di Taman Tasik Perdana,
Mama bertanya ketika duduk-duduk,
"Bila nak pakai tudung?"
Namun,
Saya hanya ttersengih bak kambin'.
Dan keesokan harinya,
Terus saya mengenakan tudung di mana, pada 'zaman' itu,
Trend yang popular ialah,
Tudung dah-siap-siap-disegitigakan-dan-ade-rambu-ramba-di-setiap-penghujung-sudut-tajam-tuding-itu-, dan betapa saya suka bermain dengan rambu-ramba itu, kerana ia persis rambut BARBIE, di mana, saya masih kesal dengan kejadian kepala BARBIE saya dicabutkan daripada badannya, oleh, tanpa-bahan-bukti-yang-kukuh-maka-saya-hanya-mengesyaki-sehinga-saat-ini, abang kedua saya.
Saya sebelum itu, memang sudah mengenakan tudung di sekolah sejak tahun 1999 kerana memikirkan saya sudah berada ditahap dua, maka harus menunjukkan contoh yang baik di hadapan adik-adik yang masih di tahap satu.
Dan masih segar diingatan,
Mona Faeqa Ibrahim bertanye,"Eh!? Awak dah pakai tudung?"
Saye hanya angguk, jikalau saye tidak silap.
Dan beberapa hari kemudian, beliau juga menyusul.

Namun demikian....

(Akan bersambung)




*Saya memang seorang yang matang sejak ALLAH s.w.t 'memilih' tarikh itu, kerana, DIA lebih MAHA mengetahui, bahawa, itulah masanya yang paling sesuai untuk saya memikul tanggungjawab sebagai KHALIFAH di atas bumi ciptaan-NYA. Apa-apa pun, saya tidak punya apa-apa....

Comments

Popular posts from this blog

Songs that make me cry, at least once.

The bridge we had built, it's heartbreaking to see it falls down, gradually.

post-trauma - PABILA TIADA TAPISAN DALAM PERBICARAAN MEREKA