Existence and Extinction
Terkadang,
Pernah saya mempunyai fikiran bahawa,
Apa yang sedang saya lalui ini,
Hanyalah mimpi,
Yang mana,
Pada suatu hari yang hening,
Saya akan tersedar daripada mimpi ini,
Dan hakikatnya,
Saya masih tersekat dalam jasad seorang kanak-kanak yang berumur enam(6) tahun,
Yang mana,
Apa yang saya mimpikan semua itu,
Merupakan dejavu saya pada masa akan datang.
Namun,
Saya tahu,
Apa yang berlaku pada saat ini,
Tidak lain tidak bukan,
Adalah benar sebenar-benarnya.
Bagaimana saya tahu?
Sejujurnya,
Saya sendiri tidak mempunyai idea untuk membuktikan kebenarannya.
Terkadang,
Saya mempunyai angan-angan yang bahawasanya,
Kesemua hal yang berlaku daripada pertengahan tahun 2007 hingga saat ini,
Adalah imaginasi saya yang tak tercapai dek akal logik saya.
Bayangkan,
Apa yang berlaku mulai saat itu,
Saya,
Nur Syazwani binti Ghani,
Telah lalui satu peringkat yang,
Iya,
Memang pernah berangan untuk lalui kesemua pengalaman itu,
Namun,
Tidak pula saya pernah mempercayai akan keupayaan saya,
Untuk berjaya melalui kesemua itu,
Tanpa MATI.
Hiperbola bukan?
Tetapi,
Begitulah yang saya boleh rumuskan akan peribadi saya,
Sebelum bermulanya tahun yang dinyatakan.
Apabila diingatkan,
Perit sekali.
--------------------------------------------------------------------
Bermula dengan fakta,
Saya hanya mempunyai satu pilihan untuk sampai ke tempat pengajian tinggi saya,
Iaitu,
Kapal terbang.
Di kalangan ahli keluarga saya,
Hanya saya yang belum pernah menaiki kapal terbang sebelum itu,
Namun NAH!
Mungkin,
Atas doa sejak kecil,
Yang teringinkan menaiki nya,
Tuhan pun makbulkan dengan sebegitu rupa sekali.
Cuma saya masih belum merasa untuk menaiki kelas perniagaan, apatah lagi kelas pertama,
Cuma pernah merasai didahulukan dengan bayaran yang lebih berbanding orang lain,
Dengan sistem yang dijalankan oleh syarikat penerbangan tambah murah.
Kemudian,
Lokasi pengajian tinggi saya pula,
NAH!
Sejak kecil,
Bapa saya selalu berulang-alik di lokasi saya yang sama,
Jadi,
Boleh jadi,
Saya pernah terdetik,
Untuk pergi ke sana juga,
Ketika saya masih kecil,
Dan sekali lagi,
Tuhan memakbulkannya.
Masih segar diingatan,
Tatkala,
Ibu saya menelefon telefon bimbit saya,
Dan menyampaikan berita,
Bahawa saya dapat menyambung pelajaran tinggi di UiTM Kota Samarahan, Sarawak.
Sejujurnya,
Saya terus menjadi takut.
Iya,
Saya memang telah lama mensasarkan UiTM sebagai tempat pengajian saya setelah tamat persekolahan menengah.
Namun,
Sarawak?
Tapi,
Percayalah,
Kekuatan saya ketika itu ialah,
UiTM,
Dan ianya bersebab,
Dan biarlah sebab itu,
Hanya saya dan Tuhan yang Maha Mengetahui sahaja yang tahu.
Ashkar?
Ya Tuhan,
"Apakah yang telah KAU rencana untuk aku, o~ Tuhan?"
Kerana,
Sesungguhnya,
Tidak pernah terlintas pun,
Yang selain saya bakal menggenggam Diploma saya pada tiga(3) tahun yang mendatang,
Saya juga akan memiliki skrol bukti pentauliahan saya sebagai seorang Sukarelawan Pegawai Muda bagi servis Udara dalam Angkatan Tentera Malaysia,
Dengan membawa pangkat Leftenan Muda Pasukan Simpanan Sukarela.
Gila.
Dan percayalah,
Kesabaran saya,
Untuk bertahan hingga akhirnya,
Adalah kerana pangkat yang akan saya terima,
Kerana,
Jikalau diingatkan segala drama picisan yang sentiasa wujud dikalangan masyarakat ashkar yang saya terpaksa bergantung harap,
Tidak mustahil,
Saya boleh kecundang.
Duit?
Dengan sifat kedekut yang semula jadi saya pernah ada,
Serta janji ALLAH s.w.t bahawasanya,
Tidak akan papa untuk hamba-NYA yang mengamalkan surah al-Waqiah,
Saya yakin,
Saya tidak akan berlapar.
Dan iya,
Ditekankan,
PANGKAT.
Diploma?
Ketika proses pemilihan yang unik itu,
Itulah saat pertama,
Saya TERPAKSA membuat pilihan sendiri dalam hidup saya,
Sedangkan,
Sebelum itu,
Demi tidak mahu tersalah langkah dalam membuat percaturan hidup,
Saya sentiasa ikut sahaja apa yang dirancang oleh orang-orang yang lebih tua daripada saya.
Jadi,
Diploma Sains lah merupakan pilihan saya yang telah otak melalui proses yang baru.
Dan segala puji bagi Tuhan,
Memang itu lah pilihan yang terbaik untuk saya.
Perpisahan.
Tidak pernah saya jangkakan,
Pengalaman perpisahan saya adalah sebegitu ekstrim.
Pernah saya mendapat tawaran untuk masuk ke asrama ketika saya berumur enam belas(16) tahun,
Namun,
Apabila memikirkan tentang,
Betapa ruginya dari segi masa dalam kehidupan saya,
Kerana akan berkurangan kenangan bersama keluarga,
Jadi saya tidak 'sahut' tawaran itu,
Walaupun,
Dengan apa yang terjadi dalam hidup saya sekarang,
Wujud sekelumit penyesalan,
Kerana,
Saya mula berfikir,
"If only....".
Tidak mahu saya ingatkan diri saya sendiri,
Tentang sakitnya bahagian dada saya,
Disaat perpisahan yang pertama.
Dan biarlah cerita kesakitan ini,
Diketahui oleh seseorang yang lebih layak,
Pada suatu hari nanti.
Dan apa yang saya boleh simpulkan daripada peristiwa ini,
Saya baru menghargai,
Orang yang patut saya hargai.
Dan saya ingin memberikan 'thumbs up' kepada diri saya sendiri,
Kerana,
Berjaya menghabiskan perjalanan hidup yang unik dan tidak terjangka,
Selama tiga(3) tahun,
Dengan jayanya.
Kesemua sasaran saya,
Yang saya tidak putus-putus mendoakan,
Allah s.w.t memakbulkan tanpa gagal.
--------------------------------------------------------------------
Jadi,Mana mungkin saya tidak percaya akan kekuasaan-NYA?
Dan,
Mana mungkin saya adalah orang yang sama seperti sebelum saya terbang ke Bumi Kenyalang?
Tidakkah kamu mempunyai akal yang sihat?
--------------------------------------------------------------------
Perbuatan kamu sekaranglah,
Membuatkan kehidupan saya,
Merana,
Hinggakan,
Saya mulai terfikir,
Semua perkara yang berlaku dalam tempoh masa yang dinyatakan,
Adalah tipu.
Maka,
Bertaubatlah.
Selagi kamu tidak menunjukkan perbuatan bahawa kamu sudah bertaubat daripada perbuatan bukan-bukan kamu,
Di depan mata saya,
Selagi itu,
Saya tidak akan memaafkan kamu,
Jangan tanya kenapa,
Kerana dari tahun 2010 hingga saat ini,
Iaitu sama tempoh masanya seperti saat saya menjejakkan kaki di Borneo,
Saya nampak kamu yang berubah.
Tetapi,
Atas dasar pengaruh kamu yang lebih,
Maka sayalah yang lebih nampak buruknya.
Ingat!
Perbuatan aniaya kepada saya,
Hanya Allah s.w.t dan saya yang boleh maafkan.
Caranya,
Nyatakan perbuatan aniaya kamu terhadap hidup saya,
Secara lisan,
Dan bukan kiasan.
Kerana,
Sikap kamu,
Apa yang saya dapati ialah,
Tidak hairan,
Jikalau dikalangan kita,
Ada yang mengalami mutasi dalam gen nya,
Kerana tidak mustahil,
Ia berkaitan dengan penyakit keturunan.
Manakala yang bukan dalam kalangan saya pula,
Ingat,
Masih panjang perjalan hidup anda,
Selagi roh belum sampai dikerongkong,
Maka,
Jangan salahkan saya,
Jikalau saya mengharapkan,
Kehinaan, kenistaan, atau segala perkara yang negatif,
Berlaku dalam kehidupan anda pada masa akan datang,
Kerana sakit saya,
Anda tidak pernah pedulikan.
INGAT!
TIADA PENGAKUAN,
TIADALAH KEMAAFAN,
APATAH LAGI,
UNTUK SAYA MELUPAKAN.
Comments
Post a Comment
Think thrice