Existence and Extinction
Terkadang, Pernah saya mempunyai fikiran bahawa, Apa yang sedang saya lalui ini, Hanyalah mimpi, Yang mana, Pada suatu hari yang hening, Saya akan tersedar daripada mimpi ini, Dan hakikatnya, Saya masih tersekat dalam jasad seorang kanak-kanak yang berumur enam(6) tahun, Yang mana, Apa yang saya mimpikan semua itu, Merupakan dejavu saya pada masa akan datang. Namun, Saya tahu, Apa yang berlaku pada saat ini, Tidak lain tidak bukan, Adalah benar sebenar-benarnya. Bagaimana saya tahu? Sejujurnya, Saya sendiri tidak mempunyai idea untuk membuktikan kebenarannya. Terkadang, Saya mempunyai angan-angan yang bahawasanya, Kesemua hal yang berlaku daripada pertengahan tahun 2007 hingga saat ini, Adalah imaginasi saya yang tak tercapai dek akal logik saya. Bayangkan, Apa yang berlaku mulai saat itu, Saya, Nur Syazwani binti Ghani, Telah lalui satu peringkat yang, Iya, Memang pernah berangan untuk lalui kesemua pengalaman itu, Namun, Tidak pula saya perna...