A nicely made chicken curry for my soul~ Part I


Assalamualaikum.

Saya masih ingat lagi, ketika saya kecil, bilamana dunia saya hanya merangkumi rumah saya dan sekolah sahaja. Saya merupakan seorang yang sangat 'bermain selamat'(playsafe), kerana saya mahu menjaga hati saya sendiri. Tapi, bukanlah bermaksud, sampai saya tidak pedulikan hati orang lain, mahupun haiwan-haiwan serta tumbuh-tumbuhan. Dengan kata lain, apa sahaja yang saya akan buat, pasti saya tidak akan buat, jikalau ia melibatkan soal hati.

Mengapa?

Dari kecil juga, saya selalu membaca majalah-majalah, dan juga sebahagian daripada seksyen dalam surat khabar, di mana, terdapat penulisan-penulisan yang berbentuk luahan hati dan seumpamanya. Dan apa yang saya faham, kebanyakan luahan-luahan, atau masalah-masalah yang diutarakan, hampir kesemuanya beraintan dengan masalah hati. Masalah hati yang saya maksudkan di sini juga, bukanlah masalah berkaitan dengan kesihatan seseorang, yang memerlukan kepakaran doktor medikal untuk menyihatkannya. Tetapi, masalah hati yang hanya bisa difahami oleh diri sendiri dan Allah s.w.t sahaja. Dan akibat daripada kesakitan ini, ia membawa kepada perasaan seperti amarah, sedih, menangis, dan beberapa perkara yang selalunya, lebih berunsur kepada negatif daripada sebaliknya. Untuk entri kali ini, saya tidak berminat untuk memperihalkan perkara yang positif, kerana saya tahu, anda lebih arif tentang hal-hal tersebut.

Dalam sebuah lagu dendangan Maher Zain, yang bertajuk "Open Your Eyes", terdapat satu rangkap lirik yang berbunyi;


"What about anger, love and pain,
And all the things you feeling,

Can you touch them with your hands,
So are they really there?"


Mengikut kefahaman saya yang terlalu sedikit ini, apa yang cuba diberitahukan oleh pencipta lirik tersebut, lalu disampaikan oleh penyanyinya ialah, feeling(perasaan), adalah sesuatu yang tidak dapat dibuktikan secara nyata. Maka, oleh kerana saya juga, mempunyai idea saya sendiri tentang definisi perasaan sebelum penemuan lagu ini lagi, saya kini lebih bertambah percaya, bahawa perasaan adalah sesuatu yang saya tidak patut terlalu ambil perhatian. Itu sahaja. Lebih-lebih lagi, kini di mana-mana sahaja, terutama di laman sesawang, saya selalu disajikan dengan ayat-ayat atau perkataan-perkataan seperti;

"No one give ****s."

"So?"

Jadi, mengapa perlu saya mengambil perhatian yang lebih tentang perkara yang melibatkan perasaan. Apatah lagi, ejaan perasaan, apabila dibuang salah satu huruf 'A' di akhir ejaan, ia akan menjadi 'perasan'. Dan saya percaya, hampir kesemua pembaca yang sedang menikmati penulisan 'noob' saya ini, faham apa yang dimaksudkan dengan perasan. Dengan kata yang lain, apa sahaja yang tidak dapat dibuktikan, seperti eksperimen sains di makmal, mahupun masalah matematik tambahan yang tetap dapat dibuktikan di atas putih dan hitam, adalah tidak penting bagi saya. Dan syukur kepada yang Maha Pencipta, belum satu kali pun lagi, saya perasan. Bagaimana saya tahu? Saya tahu. Tidak perlu membangkitkan jikalau ada orang lain yang perasan, kerana, dalam hidup saya, selagi kehidupan peribadi saya tidak diusik, oleh kerana saya SEPATUTNYA merupakan seorang yang mengamalkan amalan privasi secara total, saya juga, "Won't give a ****," kepada kehidupan orang lain. Namun, jikalau ia diusik, maka bersedialah dengan kesan sampingan. Dan ianya telah berlaku, ingat, bukan saya tidak tahu, jenayah paling berat ialah membuka pekung atau hal-hal yang manjatuhkan maruah anda. Saya peduli apa? Perlu saya mengulangi? Dan bukan saya tak tahu, kesan daripada perbuatan memalukan orang lain, turut akan dirasai oleh saya sendiri, tapi, apa mahu buat, selalunya, apabila keadaan terlalu menekan, maka barulah saya akan buat. Bukan sifat saya, maka apabila ia terjadi, maka tidak mustahillah jikalau menjadi sesuatu yang sungguh #rare dalam pandangan sesetengah mereka yang merasakan mereka lebih bagus daripada saya.




























Namun, semakin dewasa, apatah lagi, saya ini sudah mencapai umur satu per empat(1/4) sebelum mencapai umur seabad, saya semakin mendapat idea yang, perangai saya yang suka mengelakkan diri daripada ditimpa oleh perkara yang 'pelik-pelik', ia tetap akan datang kepada saya akhirnya. Namun demikian, walaupun saya sudah mengeluarkan ayat ini, itu tidak bermaksud saya sudah faham atau menerima kenyataan ini sepenuhnya. Kerana, secara jujurnya, saya sendiri belum memahami, mengapa ianya berlaku dalam kehidupan ini, dan lebih teruk, berlaku dalam kehidupan saya sendiri, iaitu, perasaan

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, saya mengalami satu proses yang baru. Masih saya ingat, terdapat satu jangka masa, di mana, air mata saya tidak berhenti keluar, kerana saya terpaksa berjauhan dengan rumah beserta isi-isinya sekali, dan terpaksa menghadapi orang ramai, yang saya tidak tahu mana asal-usul mereka, hanya kerana saya perlu melanjutkan pelajaran ke tahap yang lebih tinggi. Untuk tiga bulan pertama, dada saya, di mana, berdekatan dengan organ hati ditempatkan didalamnya, mengalami kesakitan yang tidak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata yang skema. Hanya sakit di dada. Itu sahaja ayat yang mampu saya adakan hingga kini. Itu bahagian dada, di bahagian kepala, ligat otak saya memainkan peristiwa-peristiwa saya bersama keluarga, terutamanya, imej ibu dan adik bongsu saya, Momil. Setiap kali saya menghubungi mereka dengan menggunakan telefon bimbit, dan sebaik sahaja suara mereka berdua secara berasingan kedengaran, maka setiap kali itu lah air mata ini akan bergenang tanpa dipaksa-paksa, tanpa mengira tempat. Dan dari waktu itu, saya mula sedar, bahawa itulah dia, perasaan rindu. Bayangkan, selama tiga bulan, sebelum saya kembali ke rumah bagi menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2007, itulah keadaan diri saya. Dan ketika itu jugalah, murah sekali air mata saya ini. Terlalu murah, hanya kerana perasaan rindu itu. Dan sebaik sahaja habis bercuti hari raya selepas itu, saya bertekad, untuk menjadi lebih kuat. Dan keputusannya, Segala Puji bagi DIA, Tuhan sekalian Alam, saya berjaya. Dan sejak itu juga, saya makin pandai untuk mengawal apa yang kita panggil, 'perasaan' ini. Saya tahu bagaimana harus saya mengendalikannya, dan sebagai contoh, jikalau saya menangis setiap kali mendengar suara Momil sebelum ini, maka selepas itu, saya tidak lagi menangis, malah saya mengajar diri unutk menjadi gembira, dan Syukur kepada-NYA, rupa-rupanya, ia bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilakukan, dan yang penting, Allah s.w.t telah memberi saya pengalaman yang baru dalam hidup saya.

Namun demikian, kebiasaannya, masalah juga bermula apabila saya menjadi 'lebih kuat', biasanyalah. Mengapa? Saya sendiri tidak tahu. Sebagai contoh, apabila saya sudah mula mengenal pasti masalah saya, iaitu yang suka menangis seperti tadi, saya juga mula mengurangkan panggilan, tetapi saya cuba stabilkan dengan mengirimkan doa, tetapi, tidak pernah pula saya membuat pengumuman tentang perbuatan saya ini. Kerana saya percaya, doa yang dikirimkan kepada saudara yang jauh, darjah kemakbulannya adalah setaraf doa ibu  kepada anak-anaknya dan doa orang yang terainaya. Tiada hijab. Dan lebih membahagiakan, saya menjadi lebih dekat dengan Allah s.w.t. Tetapi, seperti di barisan ayat di atas, masalah selalunya timbul ketika saya kuat sedikit, seperti, ada golongan yang tiba-tiba, menyampaikan berita bahawa saya sudah melupakan mereka. Dan yang lebih tidak masuk akal, tanpa sebarang bukti yang nyata, berasaskan kepercayaan khabar angin semata-mata, dan bukannya daripada mulut saya, mereka mula menunjukkan tindak balas negatif kepada saya melalui perbuatan. Contohnya, pernah suatu ketika, saya pulang, dan saya menerima layanan seperti saya bukan lagi seseorang yang mereka pernah kenal. Sehingga saat saya menaip ini, otak saya masih tidak dapat 'mencerna' tentang semua itu. Contohnya, tiada sapaan, tiada senyuman, tiba-tiba saya rasa sungguh terasing. Dan ya, saya mula mempunyai perasaan kecewa. Kekeliruan yang saya alami, adalah sungguh hebat, kerana, iya, dengan menggunakan kuasa mulut mereka, mereka mula mengatakan kata-kata yang bagi saya berunsur fitnah, kerana apa yang merka katakan itu, saya betul-betul tidak lakukan! Betul! Saya berani bersumpah, tetapi, bukanlah perkara yang dianjurkan sebagai umat Rasul yang terakhir untuk bersumpah-sumpah ini. Iya, mereka mula berani mengatakannya di depan muka saya. Dan saya mula perasan, bahawa, ada mata-mata yang mula mempercayai mereka. Saya membesar dengan melihat mereka, maka saya tahu, apa yang berubah dan apa yang tidak. Tetapi, surah as-Saff ayat 8. Saya berharap, dengan pengetahuan saya tentang ayat Allah s.w.t ini, saya akan cuba bertahan sampai bila-bila. 
Hingga saat ini juga, saya masih diperlakukan demikian, walaupun jiwa saya selalu membentak-bentak, agar saya membalas perbuatan mereka dengan lebih agresif, saya berharap, saya dapat mengekalkan apa yang dipanggil sebagai kematangan. Kerana saya sungguh, tidak tahu apa yang terjadi pada esok hari. Cukuplah saya pernah rasa menyesal, hingga pernah terfikir untuk menamatkan riwayat hidup sendiri.

Masalah bukan berhenti disitu, dan penyesalan yang saya maksudkan ialah, bagaimana saya mengendalikan semua itu. Pada awalnya, ya, saya memberontak. Saya rasa, tidak guna saya melakukan perkara yang diberkati, jikalau ini yang saya disangkai. Dari situ, saya baru tahu, tahap sayang saya terhadap yang telah mencipta saya, kerana, betul, sungguh, sebelum ini, saya ingat, saya sudah cukup bagus dalam hal-hal keagamaan, sekurang-kurangnya perkara-perkara yang asas. Mungkin, hanya kerana saya tidak pernah meninggalkan solat lima waktu sejak akil balighlah, yang membuatkan saya rasa diri ini bagus. Wah! Perasaan bagus! Hmm.. perasaan. Kembali kepada topik, saya baru tahu bahawa tahap keredhaan sayalah yang masih belum cukup, walhal, itu adalah salah satu kriteria yang saya perlukan sebelum saya boleh mengatakan bahawa diri ini beriman. Dan kini saya semakin faham, bahawa perjalanan saya untuk masuk ke syurga yang kekal abadi, adalah masih terlalu jauh, terlalu jauh! Oh....
Apa yang saya pernah lakukan? Hmm, perkara ini berkaitan dengan dosa pahala, maka tidak perlulah saya merungkaikan secara teliti, tetapi cukuplah, akibat daripada perasaan amarah dan kecewa akibat daripada pertuduhan yang salah terhadap saya, saya yang sebelum ini cukup kuat melawan godaan-godaan dan bisikan-bisikan oleh nafsu sendiri beserta makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar ini, saya masih ingat kata-kata saya sendiri di dalam hati,

"Hmm..alang-alang dah kene tuduh, baik buat betul-betul."

Dan dipendekkan cerita, saya hanya menganiaya diri saya sendiri. Saya menyesal. Jikalau saya boleh putarkan balik masa, sungguh, tidak mahu satu saat pun, saya ingin buat perkara itu lagi. Saya mengalami kehilangan yang amat besar. Sayangnya, sudah terlambat. Tiada guna lagi. Jikalau pada mulanya saya kecewa dengan perbuatan orang lain kepada diri saya, akhirnya, saya mula kecewa dengan diri saya sendiri, dan ketika inilah membuak-buak keinginan saya untuk memandai-mandai mengambil kerja القابض. Jikalau sebelum ini,  saya boleh menyalahkan orang lain, kerana mereka betul-betul salah, saya mula menyalahkan diri sendiri, dan jiwa saya semakin tidak tenang. Tidur saya tidak pernah lena semenjak itu, dan saya mula melakukan perkara yang tidak pernah menjadi amalan saya, seperti makan banyak yang keterlaluan. Kehidupan saya sebagai individu semakin kucar-kacir, kerana saya diperlihatkan dosa-dosa yang saya lakukan, hanya kerana ingin memberontak terhadap beberapa individu yang lain. Lebih malang, saya seperti membawa dosa yang dua kali beratnya, kerana, saya telah melibatkan orang lain. Moga Allah s.w.t mengampuni dosa 'orang lain' tersebut. Pernah juga, saya merasakan bahawa diri sendiri ini ialah syaitan. Mengapa? Tidak mahu saya ingatkan kembali. Terlalu bercampur aduk perasaan saya ketika itu, dan saya mengaku, barangkali keadaan saya pada waktu itu, ada terma yang akan di beri andai kata saya dijumpakan kepada pakar. Namun, saya menjadi semakin kecewa, apabila, sepatutnya keadaan saya yang hanya patut diketahui oleh orang yang terdekat dengan saya, rupa-rupanya telah disampaikan kepada orang luar, oleh orang yang sama, membuatkan saya kecewa pada kesemua cerita ini. Walaupun, saya sudah berazam untuk melupakan semua ini, namun, disaat saya menaip semua ini, saya tetap tidak dapat memadamkan peristiwa penting dalam hidup saya ini, tidak akan. Kerana peristiwa-peristiwa ini jugalah, saya kini, adalah yang hari ini.

Saya tidak lagi menganggap bahawa diri saya ini sempurna, dan saya juga tidak akan lagi membenarkan sesiapa menyakiti saya dengan alasan untuk memuaskan hati mereka sendiri. 


Kepada yang terlibat dalam mengkucar-kacirkan lagi keadaan yang sedia ada kucar kacir, diikutkan hati, saya mahu sahaja mendoakan agar anda dipanah petir, namun, saya bukanlah seorang ahli ibadat, apatah lagi alim ulama', maka saya tahu kedudukan saya. Tambahan pula, baru-baru ini, saya juga sudah berjanji dengan seorang sahabat yang tidak pernah meninggalkan diri ini sewaktu saya terkapai-kapai, malah sudi menegur dan memberi nasihat kepada saya tika saya melakukan perkara yang dibenci Allah s.w.t, dan apakah perjanjian itu? Biarlah ianya disaksikan oleh kami berdua dan Allah s.w.t, yang penting, intipatinya ialah sesuatu yang bukan negatif. Saya juga sedang melatih diri ini. Cukuplah saya dahulunya seorang yang 'cakap tak serupa bikin." Pada suatu hari nanti, apabila saya telah yakin, yang saya sudah sepenuhnya menjalankan apa yang saya janjikan kepada sahabat itu, maka barulah saya akan ceritakan.


Kesabaran juga telah saya merasai nikmatnya. Sebelum ini, saya anti-kesabaran. Bagi saya perasaan sabar, hanya menunjukkan bahawa saya seorang yang lemah. Wah~ Wah~ Boleh pulak ye... Hmm..


Ingin kata saya sudah menjadi baik, saya sendiri masih belum rasa sedemikian, tetapi, saya mahu ke arah itu, dan biasanya, jika saya mahukan sesuatu, saya akan memberi lebih sedikit sentuhan usaha berbanding perkara yang tidak saya mahu. Maka, kepada yang sudi membaca entri saya ini, atau pun pernah membaca mana-mana entri saya yang kebanyakan sungguh beremosi dan negatif, saya mohon, agar anda mendoakan perjalanan hidup saya agar lebih tersusun dan akhirnya, layak untuk masuk ke syurga, kerana itulah satu-satunya kejayaan yang paling tinggi. Buat masa sekarang, saya sudah mula mengatur beberapa perancangan duniawi, dan ia masih dalam peringkat percubaan. Saya sedang melihat kesesuaian dalam pelbagai perspektif, kerana saya sendiri, sejak kecil lagi, merupakan seorang yang realistik secara keterlaluan. Salah satu sifat saya yang menyebabkan saya pernah membencikan apa sahaja yang berkaitan dengan 'perasaan'. Dengan ayat lain, mungkin, saya sudah mula mencapai sesuatu yang bernama kestabilan. Hmm, walaubagaimanapun, itu hanyalah pandangan saya terhadap diri saya ini.


Jika dulu, saya hanya pandai teori, kini, saya baru merasai pelbagai perasaan melalui praktikal yang saya percaya, kesemuanya sudah diaturkan oleh yang Maha Besar lagi Maha Bijaksana.



Dengan harapan, saya dapat menjalankan saranan salah seorang daripada Khulafa' ar-Rasyidin ini. :/





























*I just afraid, that one day, I will stop, from trying anything. Cause, if that moment arrive, not a single living thing can say anything to me that I'll follow, including myself.








I afraid.




---------------------------------------



Tiba-tiba saya teringatkan pada suatu kejadian benar yang saya alami sendiri, terjadi ketika saya dalam tempoh tiga(3) bulan pertama di UiTM Sarawak, dimana, saya perlu menguruskan hal PTPTN. Waktu itu, barulah saya sedar yang selama ini, segala pengurusan hidup saya, terutamanya berkaitan dengan hal yang membabitkan dokumen, serta pengurusan manusia, semuanya diuruskan oleh orang lain, manakala saya lebih suka mengikuti sahaja. Tahap stress saya ketika itu, kerana saya perlu mengambil tanda tangan ibu bapa dan seumpama, tetapi, kerana saya sungguh terbebab dengan syarat-syarat yang diperkatakan, sehinggakan, ada satu hari, saya berjalan berseorangan, akibat tidak tahu untuk membuat apa-apa, sedangkan tidak pernah saya berjalan berseorangan sebelum itu, dan inilah bukti saya tidak pandai sebenarnya,untuk meluahkan masalah yang saya hadapi. Cerita tidak habis di situ, saya boleh bermundar-mandir di dalam perpustakaan itu, mungkin terlalu ramai orang yang sedang menggunakan bahagian yang mempunyai akses internet, lalu, ketika mahu menuju keluar daripada perpustakaan itu, belum keluar lagi pun, berderai air mata saya. Dan apa yang berlaku kemudiannya, seorang kenalan saya, merangkap skuad saya bernama Farhana, kebetulan ingin masuk ke tempat yang sama, terus datang ke arah saya. Dan semestinya, sesiapa sahaja, yang menjumpai saya dalam keadaan demikian, pasti akan bertanya, " Kenapa ni!!?" Malangnya, saya memberikan jawapan yang berbeza daripada masalah sebenar, " Kite belum print surat pengesahan daftar kursus." sambil meleleh-leleh air mata. (=.=) . Akhirnya, Farhana telah menjadi hero saya pada hari itu, dengan tolong saya mencetakkan surat yang saya beritahu dia, meskipun, bukan itu perkara yang sebenar. Kebetulan surat itu memang dimomok-momokkan sebagai sesuatu yang 'freaking' penting, dan bersesuaianlah dengan sifat saya yang sebenarnya 'super' skema dan suka mempraktikkan peraturan yang dibaca. Walhal, pada akhir-akhir semester saya di sana, tidak pula saya beria-ia mencetaknya lagi. (=,.=) . Dan akhirnya, urusan PTPTN saya serahkan kepada kakak sulung saya, dan segala-galanya dikurierkan dari semenanjung, dan saya hanya perlu 'submit' kepada pegawai PTPTN sahaja. Satu perkara yang memberi kesan yang mendalam dalam hidup saya, dan membuka mata saya, tentang perlunya berdikari dalam hidup ini. 

Situasi lain, yang juga berlaku dalam tempoh waktu itu, ialah keputusan pertama yang dibuat oleh sendiri, yang mungkin satu 'kesilapan', iaitu, menjebakkan diri dalam satu persatuan ashkar. Tanya sahaja teman sebilik saya, bagaimana keadaan saya pada ketika itu. Kasihan juga pada beliau, tetapi, seperti biasa, setelah saya mendapat momentumnya, ketika itu, mereka yang lain patut mula merisaukan tentang diri mereka sahaja. Oh ye, nantikan pada entri akan datang(In shaa ALLAH);"ashkarkah saye? - Siri VII -"

Comments

Popular posts from this blog

Songs that make me cry, at least once.

And That Something New Isn't Going Well

Start Of Something New